Kerjaya dan Penaung Diraja Raja Azureen

Raja Azureen telah dilantik menjadi Presiden Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Masterskill yang terletak di Cheras, Malaysia pada Mac 2007. Pada bulan Jun tahun berikutnya,kolej terebut telah dikemaskinikan menjadi Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) dan Raja Azureen telah dilantik sebagai Chancellor MUCH yang pertama di Masterskill Educational Group Berhad. Beliau juga telah menjadi Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dari Ogawa World Berhad sejak 8 Februari 2007. Beliau turut menjadi sebagai Pengarah RAS.Sdn.Bhd.[2]

Beliau juga telah terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti amal dan kebajikan sosial merangkumi pelbagai organisasi dan menjadi penaung diraja :-

  • Presiden bagi Persatuan Kebangsaan Malaysia untuk Tuli.
  • Penaung bagi Riding for the Disable (RDA) - Organisasi yang membantu kanak-kanak kurang upaya dengan mengadakan terapi menunggang kuda.
  • Penaung untuk Sahabat Perpustakaan Negara Malaysia.
  • Penaung bagi Perak Ladies Club di Selangor dan Kuala Lumpur.
  • Presiden Pusat Seni Mempertahankan Diri Dunia